Bulan Budaya China-ASEAN Pertama Dirasmikan
Bulan Budaya China-ASEAN (Nanning) pertama membuka tiranya di sini pada Selasa.
Sempena bulan budaya China-ASEAN tersebut, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan, antaranya termasuk Minggu Opera China-ASEAN (Nanning) ke-10, tayangan filem China-ASEAN ke-7, gala Tahun Baharu Cina (TBC) "Melodi Musim Bunga 2024", pameran karya seni China-ASEAN, pameran animasi China-ASEAN dan sebagainya.
Sementara itu, pesta makanan dan jalan barang-barang istimewa dari negara-negara ASEAN juga akan diadakan, mengetengahkan pameran produk kreatif, kraftangan, permainan, dan warisan budaya tidak ketara, serta persembahan pancaragam dari China dan ASEAN.
Sempena Minggu Opera China-ASEAN (Nanning) ke-10 yang akan berlangsung sehingga 10 Disember ini, sebanyak 25 rombongan opera dari China, Kemboja, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam akan menghidangkan 26 persembahan.