China Kemaskini Dasar Bebas Visa Permudah Pertukaran Keanggotaan

2023-12-06 14:34:36  CRI
Share with:

Dasar China tentang pemberian pengecualian visa kepada pengembara dari enam negara termasuk Malaysia, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol berkuatkuasa bermula 1 Disember 2023. 

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin berkata pada sidang media semalam bahawa hasil yang memberangsangkan boleh kelihatan dalam pelaksanaan dasar itu. Seterusnya, kementeriannya akan terus mengemaskinikan dasar visa dan mengambil langkah yang kondusif untuk mempermudahkan pertukaran keanggotaan dengan luar dan memastikan kelancaran yang terbabit. 

Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Imigresen Nasional, dari 1 hingga 3 Disember, jumlah pengembara dari enam negara tersebut yang memasuki negara ini terus meningkat, iaitu bertambah sebanyak 39% setiap hari secara puratanya berbanding 30 November, dengan mencatat hampir 18,000 orang. Antaranya, terdapat hampir 7,000 orang asing yang datang ke China tanpa visa, mewakili 39% keseluruhan ketibaan dari enam negara tersebut.