Loji Janakuasa Nuklear Generasi ke-4 yang Pertama di Dunia Beroperasi secara Komersial di China

2023-12-06 14:51:33  CRI
Share with:

Loji janakuasa nuklear generasi ke-4 yang pertama di dunia, iaitu reaktor penyejuk gas suhu tinggi  (HTGR) Shidaowan milik Kumpulan Huaneng beroperasi secara rasmi di Rongcheng, provinsi Shandong China hari ini.

Selain tenaga elektrik yang dijananya secara mesra alam, gas suhu tinggi yang dikeluarkan reaktor tersebut juga dapat digunakan dalam sektor pembekalan kepanasan, pengeluaran hidrogen, industri kimia dan metalurgi, yang dilihat boleh membantu mengoptimumkan struktur penggunaan sumber tenaga dan memperjuangkan dua matlamat di China, iaitu mencapai puncak pelepasan karbon dan neutral karbon.