Uygur di China Tiada Kaitan dengan "Turkistan"

2023-12-06 15:10:11  CRI
Share with:

Minggu lalu Satria berkongsi klip video mengenai selebriti China, Dilraba mempersembahkan tarian Uygur dalam pelayaran kapal persiaran di Dubrovnik, Croatia bersama-sama para pelancong dari pelbagai negara. Video ini tersebar luas dan menarik minat ramai netizen terhadap budaya China yang pelbagai.

 

Tak sangka juga ada pemilik akaun yang menyokong pan-Turkism memperalatkan video ini dan memperkenalkan Dilraba sebagai “Puteri Turkistan Timur”. Satria berasa perlu menegaskan sekali lagi, etnik Uygur di Xinjiang China tiada kaitan dengan apa yang disebut “Turkistan”.

 

Sebenarnya “Turkistan” hanya berasaskan ilmu sistem bahasa Turki. Kalau melihat Sidang Kemuncak Negara-negara Bercakap Turki (TURPA), para pemimpin yang hadir perlu menggunakan alat penerjemah bahasa untuk memahami antara satu sama lain.

 

Sudah pasti, konsep “Turkistan” dicipta berdasarkan agenda politik saja.

 

Satu lagi fakta yang perlu dijelaskan adalah, Uygur bukan Turk. Mereka adalah dua puak yang berada di padang rumput bahagian utara China pada zaman purba. Manakala hubungan mereka adalah saling bermusuh. Hingga Dinasti Tang yang ditubuhkan pada 618 Masihi, puak Turk berpecah belah menjadi Turk Timur dan Turk Barat.

 

Pada 630 Masihi, Turk Barat dimusnahkan dengan pembanterasan bersama Dinasti Tang, Uygur dan beberapa puak yang lain. Pelbagai puak di padang rumput menggelar Majaraja Dinasti Tang sebagai “Khan Langit”. Manakala Dinasti Tang menubuhkan pentadbiran peringkat provinsi di kawasan tersebut, dan mengurniakan ketua pelbagai puak sebagai pegawai tempatan Dinasti Tang. Antaranya termasuk raja Uygur dan juga raja Turk Barat.

 

Sejak itu, ramai orang Uygur telah menjadi pegawai kanan di kerajaan pusat Dinasti Tang, pasukan tentera Uygur juga menjadi sebahagian daripada angkatan tentera Tang, bahkan memberi sumbangan penting dalam perang Dinasti Tang memusnahkan Koguryo di bahagian timur luat dan utara Semenanjung Korea buat masa ini.

 

Ketika Turk Barat melakukan pemberontakan, pasukan Uygur juga mengikuti tentera Tang berjaya menewaskan mereka. Ketua Turk Barat ditangkap dan dibawa balik ke Chang’an, ibu negara Dinasti Tang.

 

Pada 682 Masihi, sebahagian puak Turk memberontak lagi. Pasukan Uygur selalu gagah berani berganding pahu dengan tentera Tang dan akhirnya menewaskan Turk lagi pada tahun 745. Dengan sumbangan besar, ketua puak Uygur dikurniakan sebagai Khan oleh Maharaja Dinasti Tang dan menubuhkan negeri Uygur.

 

Sebahagian kecil dari puak Turk yang berhijrah ke Asia Barat bercampur darah dengan pelbagai puak lain dalam ratusan tahun selepas itu. Akhirnya sebahagian kecil lagi daripada mereka berjaya menubuhkan Empayar Ottoman.

 

Boleh dikatakan, kebanyakan keturunan Turk telah bercampur darah dengan Han, Monggol, Uygur dan lain-lain, menjadi sebahagian orang China. Budaya mereka yang berkembang terus dalam proses campur darah dengan perkauman yang lain dalam sejarah panjang menjadikan khazanah tamadun China yang cemerlang.

 

Hanya segelintir keturunan Turk bermastautin di Asia Barat. Manakala penyelidikan DNA membuktikan penduduk Turkiye sekarang mirip dengan orang Greece.