Landskap Ekonomi China di Mata Pemain Industri Asing

2023-12-07 15:01:47  CRI
Share with:

Pertumbuhan ekonomi China mencecah 5.2% pada tiga suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu. Pada masa yang sama, peningkatan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan Zon Euro pula masing-masing mencatat 2.4% dan 0.5%.

Pengerusi Tabung Hubungan AS-China George Bush, Neil Bush berkata, "ekonomi China diulas akan terhancur meskipun meningkat 5%, manakala ekonomi AS digambar makmur walaupun hanya meningkat 2%."

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) baru-baru ini masing-masing menaikkan jangkaan terhadap peningkatan ekonomi China untuk 2023 kepada 5.4% dan 5.2%. Menurut ramalan IMF, kadar sumbangan ekonomi China terhadap pertumbuhan ekonomi dunia pula melebihi 30% pada tahun ini.

Pada Januari hingga Oktober lalu, jumlah syarikat pelaburan asing yang baru ditubuhkan di China telah mencatat 41,947 buah, meningkat 32.1% berbanding masa yang sama tahun yang lalu.

Naib CEO Tesla, Tao Lin menyatakan bahawa keunggulan Tesla dalam bidang pengilangan tidak terlepas dari sistem rantai pembekalan yang kuat dan lengkap di China. Pihaknya akan terus menerokai pasaran China pada masa akan datang.

Pelaburan terhadap China dari Kanada, Britain, Perancis, Switzerland dan Belanda masing-masing meningkat  110.3%, 94.6%, 90%, 66.1% dan 33% pada 10 bulan pertama tahun ini.

China kini bukan sekadar "kilang dunia", malah menjadi "peneraju" dalam bidang pembangunan hijau dan ekonomi digital yang telah mencetuskan momentum baharu terhadap ekonomi dunia.

Neil Bush optimistik terhadap ekonomi China. Menurut beliau, ekonomi China kekal akomodatif dan kondusif bagi pertumbuhan seterusnya, manakala kerajaannya pula bertindak pantas mengemaskini dasar yang bersifat mengawal.