Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Madagascar

2023-12-07 15:09:25  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghantar perutusan tahniah kepada Andry Nirina Rajoelina yang terpilih lagi sebagai Presiden Madagascar pada Selasa lalu.

Xi berkata, China dan Madagascar yang mempunyai persahabatan tradisional, telah memacu perkembangan hubungan dua hala berdasarkan momentum yang diterajui kedua-dua pihak, membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang, dan teguh menyokong satu sama lain ketika menangani isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing pada tahun-tahun kebelakangan ini. 

Menurut Xi, beliau memberi perhatian tinggi terhadap hubungan China dengan Madagascar dan bersedia bekerjasama dengan Presiden Rajoelina untuk terus mendorong perkembangan Perkongsian Kerjasama Komprehensif China-Madagascar demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.