CMG Lancar Maskot Gala TBC 2024

2023-12-07 13:18:44  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) melancarkan maskot Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 iaitu Long Chenchen, di Beijing pada Rabu.

Pada masa sama, beberapa produk kreatif kebudayaan CMG turut dilancarkan.

Naib Presiden CMG, Wang Xiaozhen dan Hu Jinjun turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut.

Tahun 2024 ialah tahun naga mengikut kalender tradisional China. Naga biru ialah lambang musim bunga, harapan dan pertumbuhan dalam budaya China. 

Imej Long Chenchen bukan hanya membawa makna baik dalam budaya tradisional China, tetapi juga memaparkan keadaan rakyat China yang bersemangat pada zaman moden ini.