ASPI Cipta Pembohongan Menurut Penempahan Barat

2023-12-07 16:52:22  CRI
Share with:


Institut Dasar Strategik Australia(ASPI) yang menyebarkan banyak pembohongan untuk mencemarkan imej China menuding jari kepada influencer asing yang memuji China menerusi platform media sosial antarabangsa baru-baru ini. Pihaknya mengeluarkan laporan yang mendakwa ramai influencer asing telah mendapat dana dari kerajaan China untuk melakukan propaganda.

 

Yang menarik, laporan ASPI yang tertulis “mendapat sokongan kewangan dari Jabatan Negara Amerika Syarikat(AS)” ketika dimuat naik pada 24 November itu diubah menjadi tidak mendapat apa jua sokongan dana pada 27 November.

 

Taktik ini gagal menipu semua pihak, khusunya mereka yang terbabit dalam laporan tersebut.

 

Jerry Kowal, seorang influencer dari AS yang mempunyai lebih 20 juta pengikut di China menulis surat terbuka yang mendakwa Jabatan Negara AS menyokong fitnah terhadap seorang warga negara AS. Menurutnya, terus bekerjasama dengan ASPI akan menjejaskan tata nilai AS dan tidak membantu bagi kerja diplomatik negara itu.

 

Jerry Kowal telah memuat naik banyak video untuk membuat perbandingan antara perbezaan di China dan AS dalam tempoh tiga, empat tahun ini, tapi sudah lama mengemaskinikan akaunnya. Hampir semua videonya disiarkan dalam bahasa Mandarin menerusi Weibo, media sosial yang hanya beroperasi di China yang menjadi platform utamanya.

 

Jadi ramai netizen China pula faham dengan jelas, terdapat sebahagian influencer asing membuat video untuk memuji infrastruktur, kehidupan atau budaya di China, hanya kerena ini mudah mendapat “like” dari netizen China. Semua orang tentu berasa gembira ketika tengok seorang asing memuji negara sendiri. Selain itu, pengikut yang berjumlah besar mampu membawa pendapatan yang lumayan daripada platform media sosial, itu saja.

 

Logik yang mudah difahami oleh netizen China ini nampaknya susah difahami oleh ASPI, satu institut yang disokong oleh Jabatan Negara AS.

 

ASPI terbukti satu kilang yang mengeluarkan produk tempahan mengikut permintaan pelanggan. Kali ini pelanggannya sudah didedahkan, iaitu Jabatan Negara AS.

 

Manakala produk tempahan “kerja paksa” di Uygur yang paling terkenal dari ASPI adalah permintaan dari Kedutaan Besar Britian di China.

 

Berdasarkan data yang diumumkan oleh ASPI pada tahun 2019, Kedutaan Besar Britian di Beijing membayar USD18,334 untuk menyokong projek pengajian “Uygur for sale”.

 

Baru-baru ini, Volkswagen Jerman mengeluarkan kenyataan bahawa berdasarkan hasil siasatan pihak ketiga terhadap kilang syarikat tersebut di Xinjiang, tidak mendapati apa jua gejala mengenai “kerja paksa”.

 

Jabatan audit Jerman yang bertugas melaksanakan siasatan tersebut menyatakan, setelah menjalankan pemeriksaan terhadap kontrak dan bayaran untuk kesemua 197 staf kilang Volkswagen di Xinjiang pada tiga tahun yang lalu, mengadakan temu ramah sebanyak 40 kali dan mengadakan pemeriksaan bebas dalam kilang, mereka mendapati dakwaan mengenai hak asasi manusia pekerja Uygur terjejas tidak berasas.

 

Volkswagen terpaksa mengundang jabatan audit untuk melaksanakan siasatan tersebut kerana dipersoalkan oleh para tokoh politik negara itu berdasarkan laporan ASPI.

 

Pembohongan yang dicipta berdasarkan keazaman Barat akhirnya menjejaskan kepentingan syarikat Barat.