China Tandatangani Dokumen Kerjasama BRI dengan Semua Negara Arab dan Liga Arab

2023-12-07 13:02:37  CRI
Share with:

Baru-baru ini, China dan Jordan telah menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua kerajaan untuk memperkasa kerjasama dalam pembinaan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang akhbar pada Rabu berkata, ini bermakna China telah menandatangani dokumen kerjasama di bawah BRI dengan kesemua 22 negara Arab dan Liga Arab.  

Wang berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 BRI. 

"Dalam sedekad yang lalu, China dan negara-negara Arab, sebagai rakan kongsi dalam pembinaan bersama BRI, telah mencapai kemajuan yang cemerlang dengan usaha bersepadu.

“Jumlah perdagangan China-Arab pada 2022 melebihi USD430 bilion (RM2010.68 bilion) yang meningkat dua kali ganda berbanding sedekad yang lalu. China mengimport minyak mentah sebanyak 270 juta tan dari negara-negara Arab yang menyumbang separuh daripada jumlah import China pada tahun itu. Kedua-dua pihak juga menyaksikan peningkatan yang berganda dalam pelaburan dua hala sepanjang sedekad yang lalu.

“Sementara itu, kedua-dua pihak menjalankan lebih daripada 200 projek mega di bawah BRI yang hasil kerjasamanya relevan dengan rakyat kedua-dua belah pihak yang berpopulasi hampir dua bilion orang.

“BRI telah menjadi produk awam antarabangsa yang penting dan platform utama untuk kerjasama antarabangsa, dan memberi sokongan kukuh kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Arab.

“Pada masa depan, China berharap dapat beganding bahu dengan negara-negara Arab untuk menggalakkan pembinaan bersama BRI ke arah berkualiti tinggi berdasarkan kerjasama yang damai, terbuka, inklusif, saling belajar dan saling menguntungkan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak,” katanya.