Jom Melawat China

2023-12-08 14:33:42  CRI
Share with:

Setelah China dan Malaysia saling menawar pengecualian visa, ramai kawan telah tertanya-tanya mengenai isu pelancongan antara kedua-dua negara. Tapi ada satu tumpuan kawan-kawan Malaysia yang mengejutkan Satria adalah sama ada pneumonia misteri dikesan di Beijing lagi?

 

Penyakit jangkitan sistem pernafasan memang mudah menular apabila cuaca menjadi semakin sejuk pada masa ini. Satria mengalami simptom demam pada minggu lalu, tapi sehari saja sudah sempuh.

 

Si kecil pula mengalami batuk selama dua minggu, tapi tidak deman. Bagaimanapun Satria pula membawa dia ke hospital untuk pemeriksaan. Ia terbukti tiada masalah besar, diberi ubat batuk saja, dan tidak mengganggu terus bersekolah.

 

Simptom deman dan baduk kali ini kebanyakannya disebabkan oleh virus influenza, jangkitan mikoplasma atau kuman. Ada juga sebahagian kecil yang merupakan kes jangkitan Covid-19, dan sebahagian penyakit yang teruk mengakibatkan pneumonia. Tapi ini bukan pneumonia misteri, dan juga ada ubat yang berkesan jika puncanya dijelaskan melalui pemeriksaan.

 

Kalau kita melancong ke luar negara, mesti perlu meningkatkan pencegahan dan kawalan terhadap pelbagai penyakit jangkitan. Saya biasanya akan membawa sedikit ubat-ubatan untuk deman atau antidiarea semasa melancong ke luar negara.

 

Kawan Satria sedang membawa sekeluarga melancong di Chiang Mai, Thailand. Tapi anaknya terjangkit flu H1N1 di sana dan sudah mengadakan pemeriksaan darah di hospital tempatan. Ini pun bukan masalah yang besar.

 

Thailand sudah lama memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong China. Ketika melihat Malaysia dan Singapura turut mengikuti untuk mengecualikan visa kepada pelancong China, Thailand sedang mempertimbangkan memperpanjangkan tempoh pengecualian visa kepada 90 hari untuk menarik lebih ramai pelancong dari China.

 

Pada masa yang sama, China pula melaksanakan dasar pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia, Singapura, Brunai, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, dan Sepanyol untuk menarik pelancong asing ke China.

 

Pertukaran lawatan merupakan kaedah paling berkesan untuk menghapuskan kabar angin dan menghilangkan rasa bimbang.