EV Jenama China Tawar Perkhidmatan sempena COP28

2023-12-08 10:37:14  CRI
Share with:

Beberapa syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China antaranya Hager dan BYD menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai 30 November hingga 12 Disember.

Dalam pada itu, pengeluar EV dari Guangdong, Lvtong turut menawarkan perkhidmatan ulang-alik membabitkan kira-kira 50 buah kereta bugi elektrik di zon hijau persidangan berkenaan.