China, Singapura Harap Segerakan Penguatkuasaan Bebas Visa

2023-12-08 13:19:06  cri
Share with:

Dasar bebas visa 30 hari dilaporkan akan dilaksanakan antara Singapura dengan China.

Ketika ditanya perincian tentang perkara tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa peningkatan interaksi sosiobudaya China-Singapura selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara. Kedua-dua pihak telah bersetuju saling memberikan layanan bebas visa selama 30 hari kepada pemegang pasport am. 

Menurut Wang, layanan bebas visa antara China dengan Singapura merupakan satu perkara baik bagi rakyat kedua-dua negara, dan kedua-dua pihak pun berharap agar gerak kerja tersebut disegerakan.