EU Dikehendaki Memupuk Kesedaran dan Keinsafan yang Betul tentang China

2023-12-08 15:58:06  CRI
Share with:

Pertemuan Pemimpin China-Kesatuan Eropah (EU) ke-24 telah diadakan di Beijing semalam. 

Ketika ditemui Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Jawatankuasa EU, Ursula Von Der Leyen, Presiden China, Xi Jinping menyeru kedua-dua pihak agar mengukuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif, memupuk kesedaran dan keinsafan yang betul tentang China, dan giat mengembangkan hubungan bilateral. 

Pemimpin EU menyatakan bahawa pihaknya tidak ingin melihat hubungan dengan China dicantaskan  kerana pembangunan ekonomi China yang mantap pada jangka masa panjang sejajar dengan kepentingan pihak Eropah. 

Ini merupakan isyarat positif yang dikeluarkan bersama oleh China dan EU bagi mempertingkat dialog dan kerjasama untuk menangani cabaran di tengah-tengah pergolakan dunia yang semakin sengit.

Pada dua dekad lalu, China pernah menerbitkan tiga dokumen berhubung dasar terhadap EU yang melihat kesatuan terbabit pola penting di dunia, dan tidak berganjak daripada usaha menyokong proses integrasinya. Bagaimanapun, EU melaksanakan dasar China yang berubah-ubah sekali-sekala, khususnya menetapkan takrifan tentang kedudukan China sebagai "rakan", "pesaing" dan "lawan sistematik". Bahkan, terdapat segelintir orang yang menghasut "penghapusan risiko" dalam kerjasama ekonomi dengan Beijing.

Dalam pertemuan semalam, Xi sekali lagi menegaskan takrifan yang tepat tentang hubungan bilateral. Kedua-dua pihak diharap mengambil perspektif strategik, memupuk rasa saling percaya dan meningkatkan persefahaman. 

"Jangan berlawanan hanya disebabkan pelaksanaan sistem yang berlainan. Jangan mengurangkan kerjasama hanya disebabkan terdapat persaingan. Jangan melakukan konfrontasi hanya disebabkan wujudnya perselisihan pendapat," kata Xi.

Anjuran Xi amat bermakna bagi mengetepikan gangguan dan beralih menumpu kepada kerjasama. 

Sementara itu, EU menyatakan pihaknya mengekalkan pelaksanaan dasar "Satu China", bersedia meningkatkan komunikasi tentang perselisihan dengan sikap yang saling hormat, terbuka dan terus terang.

Dalam perkembangan lain, China berhasrat menjalin hubungan "tiga rakan" dengan EU, iaitu rakan kunci kerjasama ekonomi dan perdagangan, rakan utama kerjasama sains dan teknologi, dan rakan boleh percaya kerjasama rantaian perindustrian dan pembekalan. 

Sebenarnya, yang paling mendesak bagi pihak Eropah itu adalah menghapuskan risiko yang wujud ekoran tindak-tanduknya yang membesar-besarkan konsep politik dan amalan perlindungan perdagangan.