Sitrus Shunchang Laris di Pasaran Antarabangsa

2023-12-08 10:40:16  CRI
Share with:

Tibanya musim memetik buah sitrus di kaunti Shunchang, utara provinsi Fujian kebelakangan ini.

Penanaman buah sitrus antara industri tonggak tempatan dengan kapasiti pengeluaran tahunan melebihi 120,000 tan, sekali gus menjana nilai output sebanyak 400 juta yuan (RM261 juta) saban tahun.

Sitrus Shunchang laris dijual di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Buah segar itu turut dipasarkan ke Amerika Syarikat dan Rusia bermula tahun ini.