Persidangan PBB Fokuskan Digitalisasi Perdagangan dan E-dagang Rentas Sempadan

2023-12-08 15:34:45  CRI
Share with:

Menurut laporan Agensi Berita Xinhua pada 7 Disember, Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland, mengadakan aktiviti "minggu e-dagang" dari 4 hingga 8 Disember. Dalam satu sub-forum yang diadakan semalam, lebih 100 wakil dari organisasi antarabangsa, kalangan politik, perniagaan dan akademik menjalankan pertukaran dan dialog mengenai digitalisasi perdagangan dan e-dagang rentas sempadan, dengan menumpu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan global pacuan teknologi digital.  

Sub-forum yang bertema "Digitalisasi Perdagangan 2023 dan Sidang Meja Bulat Pembangunan E-dagang Rentas Sempadan" itu, dihoskan bersama oleh Dewan Perniagaan Elektronik China (CECC) dan Pusat Perdagangan Antarabangsa di bawah kendalian bersama PBB dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). 

Wang Ning, Presiden CECC, berkata pada sidang meja bulat itu bahawa beliau berharap agar pelbagai negara bersama-sama menggubal standard dan sistem keselamatan tentang data perdagangan, menggalakkan pengiktirafan dan perkongsian antara satu sama lain, melindungi keselamatan data, serta mewujudkan persekitaran yang baik bagi kerjasama digital perdagangan demi memacu perdagangan ke arah yang makmur dalam senario global.