Manfaatkan Mekanisme Kerjasama Dua Hala, Lonjakkan Hubungan China-Singapura
Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang ditemui Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong di Tianjin pada Khamis.
Kedua-dua pemimpin juga bersama-sama mempengerusikan siri mesyuarat mekanisme kerjasama dua hala, antaranya mesyuarat ke-19 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Dua Hala China-Singapura, mesyuarat ke-24 Majlis Penyelarasan Bersama Zon Perindustrian Suzhou, mesyuarat ke-15 Majlis Penyelarasan Bersama Kota Ekologi Tianjin China-Singapura, dan mesyuarat ke-7 Majlis Penyelarasan Bersama projek rintis kesalinghubungan strategik China-Singapura (Chongqing).
Ding mengatakan bahawa hubungan China-Singapura ditingkatkan ke tahap perkongsian yang lebih berkualiti tinggi merangkumi seluruh aspek yang berorientasikan masa depan pada tahun ini.
"Kedua-dua negara perlu memanfaatkan platform mesyuarat mekanisme kerjasama dua hala, menaiktaraf kerjasama yang sedia ada, di samping meneroka lebih banyak titik pertumbuhan dalam kerjasama, agar membina paradigma baharu bagi kerjasama sama menang antara China dengan Singapura pada era baharu," kata Ding.
Sementara itu, Lawrence Wong berkata hubungan Singapura dan China mengekalkan mementum perkembangan kukuh, dan mencapai hasil yang amat memberangsangkan dalam pembinaan bersama Jalur dan Laluan.
"Singapura bersedia bersama-sama China untuk meningkatkan pertukaran lawasan dalam pelbagai peringkat, memperkasakan koordinasi strategi pembangunan, memaksimumkan peranan mekanisme kerjasama dua hala agar memajukan hubungan kedua-dua negara ke hadapan," kata Wong.
Beliau juga menegaskan bahawa dua-dua negara dikehendaki bersama-sama memperkasakan perdagangan bebas, dan mempromosikan keterbukaan dan keinklusifan serantau.
Selepas pertemuan itu, Ding dan Wong mengumumkan pencapaian 24 hasil termasuk protokol untuk menaiktaraf Perjanjian Perdagangan Bebas, dasar pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa selama 30 hari antara kedua-dua negara, dan sebagainya.