Pencapaian BRI pada Sedekad Lalu demi Dunia Lebih Indah

2023-12-08 15:08:27  CRI
Share with:

Yayasan China untuk Pembangunan Hak Asasi Manusia dan kumpulan pemikir Agensi Berita Xinhua mengeluarkan bersama satu laporan yang bertajuk " Untuk Wujud Dunia yang Lebih Indah--Melihat Pembinaan Bersama Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) pada Sedekad Lalu dari Perspektif Hak Asasi Manusia"pada hari Khamis.

Pada tahun 2013, Presiden China, Xi Jinping mengemukakan cadangan "Jalur Ekonomi Jalan Sutera" dan "Jalan Sutera Maritim Abad ke-21," yang dikenali sebagai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menganjurkan pembinaan bersama.

Dalam tempoh sedekad yang lalu, sebagai platform praktikal yang penting untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, BRI telah menarik penyertaan lebih 150 negara dan lebih 30 pertubuhan antarabangsa, berjaya menggalakkan pelaburan USD1 trilion (RM4.66 trilion), menjana inisiatif projek kerjasama dalam jumlah yang besar, mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk negara-negara terlibat, dan membantu ribuan penduduk awam melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Sepanjang sedekad yang lalu, BRI telah menjadi produk awam antarabangsa dan platform kerjasama global yang mendapat sambutan baik, dan membantu negara-negara terbabit merintis satu jalan yang menuju ke arah yang cerah dalam bidang jaminan hak asasi manusia dan indah untuk hidup bahagia.

Dalam pembinaan bersama BRI pada 10 tahun akan datang, China dipercayai akan terus menyediakan peluang pembangunan baharu kepada dunia, dan menyuntik momentum baharu kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Rakyat China dan rakyat semua negara terbabit akan berpeluang menikmati hak yang lebih luas,  lengkap dan komprehensif, sekali gus mewujudkan pembangunan menyeluruh pada tahap yang lebih tinggi.