China Lancarkan Roket Pembawa Zhuque-2 Y-3 dengan Jayanya

2023-12-09 14:37:04  CRI
Share with:

Roket pembawa Zhuque-2 Y-3 berjaya dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan China pada pagi tadi.

Pelancaran roket tersebut dilakukan pada pukul 7.39 pagi tadi dan seterusnya berjaya menghantar tiga satelit iaitu Honghu, Honghu-2 and TY-33 ke orbit yang dijadualkan.

Ini merupakan misi penerbangan kali ketiga bagi siri roket pembawa Zhuque-2.