China Tentang Keras Filipina Memfitnah melalui Resolusi Dewan Perwakilan

2023-12-09 15:42:02  CRI
Share with:

China menentang keras dakwaan dan fitnah terhadap Beijing yang terkandung dalam satu resolusi yang diluluskan Dewan Perwakilan Filipina melibatkan isu laut.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media semalam.

Wang menegaskan lagi pendirian China yang konsisten yang berbunyi bahawa kedaulatannya terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan (LCS), termasuk Kepulauan Dongsha, Xisha, Zhongsha dan Nansha dan perairan sekitarnya, adalah tidak boleh dipertikaikan. 

"Filipina sengaja menugaskan satu kapal perangnya 'bersarang' di terumbu Ren'ai yang merupakan sebahagian Kepulauan Nansha milik China, dan berulang kali membekalkan bahan binaan ke sekitar perairan terbabit, dengan tujuan sebenarnya untuk memperkukuh kapal perang yang uzur itu. China akan terus mengambil langkah seperlunya berdasarkan perundangan domestik dan antarabangsa, untuk membela kedaulatan negara sendiri," kata Wang.

Wang menambah, China sekali lagi menasihati Filipina segera berhenti menggembar-gemburkan isu pertengkaran antara kedua-dua negara, menghentikan tindakan provokatif, secepat mungkin kembali ke landasan yang betul untuk merunding dan menangani perselisihan pendapat, dan bersama pihak China memelihara kedamaian dan kestabilan di LCS.