Pembangunan Desa Bertunjangkan Industri Kulat Kayu

2023-12-10 16:09:45  CRI
Share with:

Industri kulat kayu berkembang maju di kaunti Zhuoni, daerah autonomi Gannan yang berpenduduk etnik Tibet, provinsi Gansu sejak akhir-akhir ini. Terdapat empat syarikat besar, 35 buah koperasi pertanian, 53 orang penanam yang berpengaruh dan 96 buah pangkalan yang mempunyai urus niaga dalam industri kulat kayu yang serasi dengan sumber alam di kaunti tersebut. Rantai industri kulat kayu yang lengkap itu boleh membawa rezeki tambahan RMB6,000 lebih (RM3,813) secara puratanya kepada setiap pengusaha tani yang jumlah keseluruhannya mencatat 5,680 orang.