China Berusaha Martabatkan Bahasa Mandarin di Arena Antarabangsa

2023-12-10 15:09:28  CRI
Share with:

China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dalam bidang pendidikan, meyokong rakyat terutamanya golongan belia memperhebat pelajaran bahasa asing dan pertukaran antarabangsa, mendukung pendidikan yang berbahasa Mandarin dalam senario global, dan memartabatkan bahasa Mandarin dalam perkhidmatan dunia.

Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri, Ding Xuexiang dalam ucaptamanya pada Persidangan Bahasa Mandarin Dunia 2023 di Beijing semalam.

Beliau memetik ucapan Presiden Xi Jinping sebagai berkata, belajar bahasa asing kondusif bagi mengetahui sejarah dan budaya negara lain, menggalakkan persefahaman dalam kalangan rakyat, dan juga menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Bahasa Mandarin yang berasal dari China mempunyai jangkauan yang luas di dunia. Rakyat pelbagai negara diharap mempergiat pendidikan yang berbahasa Mandarin di arena antarabangsa, serta memacu kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bahasa asing pada era baharu," kata beliau lagi.