Penduduk Jepun Seru Jangan Lupa Sejarah Pembunuhan Besar-besaran Nanjing

2023-12-10 14:56:10  cri
Share with:

Tahun ini ulang tahun ke-86 pembunuhan besar-besaran yang pernah dilakukan tentera penceroboh Jepun di Nanjing. "Persatuan Teruskan Kenangan Nanjing" sebagai satu pertubuhan penduduk Jepun, telah mengadakan perhimpunan di Osaka untuk menyeru rakyat Jepun agar berdasarkan situasi dunia terkini mengadakan semula introspeksi terhadap implikasi realistik dan iktibar sejarah yang diambil dari pembunuhan besar-besaran yang pernah dilakukan tentera penceroboh Jepun, sekali gus menegaskan peri pentingnya mengingati sejarah dan merealisasikan keamanan.

Pengasas "Persatuan Teruskan Kenanang Nanjing", Matsuoka Tamaki mengatakan bahawa beliau mula menjalankan penyelidikan di Nanjing pada 35 tahun yang lalu, mewawancara dan mengumpul bukti dari  para mangsa yang terselamat dalam pembunuhan besar-besaran di samping mengumpul bukti yang diberikan veteran Jepun yang pernah bertugas dalam tentera pencerobohan di China. Menurut beliau,  trauma yang menghantui para mangsa yang terselamat dalam tragedi itu masih terasa.


Puan Nomura, salah seorang peserta perhimpunan yang menyaksikan penglibatan lebih 150 orang penduduk tersebut memberitahu wartawan bahawa beliau berasa bimbang tatkala melihat sejarah pencerobohan tentera Jepun ke China tidak termaktub dalam buku teks di sekolah Jepun. Ramai pemuda Jepun tidak tahu tentang sejarah berkenaan. "Inilah masalah yang besar", kata beliau.

.