Menuai Rumput untuk Kegunaan Makanan Ternakan di Xizang

2023-12-10 16:16:19  CRI
Share with:

Sejumlah penduduk Xizang kelihatan sedang menuai tanaman rumput untuk kegunaan makanan ternakan.

Menurut Biro Pertanian dan Desa Xizang, setakat 15 Oktober lalu, tanaman rumput di pelbagai tempat Xizang bertambah seluas 7,000 hektar lebih, dan terdapat lagi 30,000 hektar sudah ditetapkan dalam perancangan untuk ditanam di sekitar rumah kediaman penggembala.

Dengan adanya kesemua tanaman rumput tersebut, penggembala tempatan bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan pada padang rumput semula jadi di dataran tinggi, tetapi juga boleh menambah pendapatan.