Gunakan Jerami untuk Kitar Semula yang Pelbagai

2023-12-10 16:08:18  CRI
Share with:

Terdapat sejumlah premis yang ditubuhkan untuk mengumpulkan jerami dari perladangan, dan seterusnya mengendalikan pembungkusan dan pengangkutan yang terbabit untuk tujuan kitar semula, hasil kerjasama ‘sektor awam-sektor swasta’ yang berkonsepkan pembangunan hijau dan perlindungan alam yang dipergiatkan di bandar Taixing, provinsi Jiangsu pada beberapa tahun kebelakangan ini. Kitar semula jerami biasanya dilakukan dalam bidang penternakan dan penjanaan kuasa menerusi biojisim.