Suara China di Persada Dunia Semakin Penting - Bekas Canselor Austria

2023-12-11 16:33:38  CRI
Share with:

Suara China semakin penting dan perlunya mewujudkan dunia multipolar, menurut bekas Canselor Austria Wolfgang Schuessel.

Schuessel menyifatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang disyorkan Presiden China Xi Jinping dan tiga lagi inisiatif global anjurannya sebagai konstruktif dan mustahak.

“Ia merupakan cerminan peranan China di pentas dunia semakin menonjol dan negara itu antara salah satu peserta yang amat penting”, kata beliau ketika ditemu ramah bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) mutakhir ini.

Beliau menzahirkan harapan agar wujudnya dunia multipolar yang disokong oleh institusi global yang kukuh.

“Kami tidak mahu dunia diketuai oleh polarisasi ataupun hegemoni tunggal. Seperti China, kami menyokong pembentukan orde dunia multipolar,” ujar beliau.

Schuessel turut menghargai peranan dan sumbangan China dalam menggerakkan kelulusan satu resolusi bersifat membina berhubung situasi Palestin-Israel yang tergantung agak lama ketika China mengambil alih jawatan presiden UNSC pada November.

Beliau memberi penekanan terhadap pentingnya sinergi dibentuk antara Eropah dengan China ke arah membantu memperkukuh oder antarabangsa dan pertubuhan global.

“Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dijadual menganjurkan Sidang Kemuncak Masa Depan (Summit of the Future) pada musim luruh tahun hadapan.

“Ia merupakan satu persidangan penting yang menyediakan platform bagi memaparkan pemikiran berlainan seperti siri inisiatif global anjuran Presiden Xi, serta memudahkan interaksi antara satu sama lain”, kata beliau.