Guterres Seru Gencatan Senjata Kemanusiaan di Gaza

2023-12-11 11:35:24  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sekali lagi menyeru gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan di Gaza, ketika berucap pada Forum Doha ke-21 di Doha, Qatar pada Ahad.

Guterres menzahirkan rasa kecewa kerana Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi Majlis Keselamatan yang bertujuan untuk mendorong gencatan senjata kemanusiaan antara Palestin dan Israel pada Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha sehingga gencatan senjata diwujudkan. 

Beliau turut mengingatkan bahawa situasi di Gaza memburuk pantas dan menjadi bencana yang akan memberikan kesan tidak dapat dipulihkan kepada rakyat Palestin serta keamanan dan keselamatan di rantau itu.