China Berusaha Galak COP28 Capai Kejayaan

2023-12-11 14:51:43  CRI
Share with:

China sedang mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan supaya dapat mencapai solusi yang boleh diterima oleh semua pihak dan menggalakkan Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) mencapai kejayaan. 

Demikian dinyatakan oleh utusan khas China bagi isu perubahan iklim, Xie Zhenhua dalam sidang akhbar di Dubai pada Sabtu.

Beliau menyifatkan persidangan kali ini sebagai "paling sukar" dalam tahun-tahun kebelakangan ini.  

Ketika menyebut tentang tindakan China dalam melaksanakan sasaran Perjanjian Paris, Xie menjelaskan bahawa China akan mencapai puncak karbon menjelang tahun 2030. Setakat ini, kos janakuasa elektrik dengan menggunakan tenaga angin telah menurun 80 peratus, manakala kos janakuasa fotovoltaik menurun 90 peratus, ia sekali gus menyediakan asas yang baik bagi penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui di seluruh dunia.