Pemilihan Majlis Daerah Ke-7 HKSAR Diadakan

2023-12-11 14:58:59  CRI
Share with:

Pemilihan Majlis Daerah ke-7 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) diadakan pada Ahad lalu, menghasilkan 176 ahli majlis daerah dan 88 ahli majlis kawasan pengundian.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Pemilihan HKSAR, David Lok memberitahu media pagi tadi bahawa lebih 1.19 pengundi membuang undi dalam pemilihan kali ini. Proses pengundian dan pengiraan undi berjalan lancar, dan pengaturan pemilihan kali ini memperlihat prinsip terbuka, jujur dan adil.

Majlis Daerah ke-7 HKSAR terdiri daripada 470 ahli dan tempoh perkhidmatan mereka selama empat tahun.