Classics Quoted by Xi Jinping Musim Kedua Disiarkan di Vietnam

2023-12-11 16:30:31  CRI
Share with:

Program "Classics Quoted by Xi Jinping" musim kedua versi bahasa Vietnam terbitan Kumpulan Media China (CMG) mula disiarkan di media Vietnam hari ini, sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Vietnam minggu ini. 

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan video pada upacara pelancaran program itu mengatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam. Pemimpin kedua-dua negara menegaskan bahawa pertukaran pengalaman dalam tadbir urus negara harus ditingkatkan demi mengeratkan hubungan dua hala dan mendorong pembangunan sosialis kedua-dua negara mencapai kejayaan yang lebih besar.