Perkembangan Penerbangan Awam China di Mata Saya -- Ketua Pramugari

2023-12-11 15:32:24  CRI
Share with:

Huang Meijiao, 32, ketua pramugari yang bertugas dalam syarikat penerbangan West Air China.

Sejak kali pertama bertugas sebagai pramugari pada usia 21 tahun, Huang Meijiao sudah menyelesaikan perjalanan penerbangan selama 8,000 jam lebih. 

Dalam tempoh 11 tahun yang lalu, jumlah pesawat West Air bertambah ke 39 buah daripada 8 buah.

Selain kelengkapan yang semakin maju yang terpasang dalam pesawat, Huang juga menyaksikan perubahan yang besar yang dialami perkhidmatan dalam kabin, beserta check-in layan diri, pemeriksaan keselamatan pintar, gabungan pelbagai mod pengangkutan dan item beli-belah yang serbaneka.

Huang berpendapat bahawa memastikan keselamatan adalah tugas yang paling penting bagi pramugari.

Oleh itu, Huang pasti melakukan persiapan dengan penuh hati sebelum setiap penerbangan, dan berusaha menumpukan perhatian terhadap setiap perincian keselamatan mengikut manual penerbangan, dengan tujuannya memastikan keselamatan setiap penumpang terjamin.