Insiden Tembakan di Los Angeles, Seorang Maut

2023-12-11 14:56:59  CRI
Share with:

Insiden tembakan berlaku di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Ahad lalu, menyebabkan seorang maut dan dua lagi cedera. 

Menurut polis tempatan, insiden tembakan berlaku di daerah San Pedro. Seorang lelaki berumur 39 tahun didapati maut ketika polis tiba di tempat kejadian. Selain itu, dua mangsa cedera kini menjalani rawatan di hospital, antaranya seorang dalam keadaan kritikal. 

Setakat ini, suspek terbabit masih belum ditahan dan kes itu masih dalam penyiasatan.