Bagaimana Vietnam Dahului Malaysia?

2023-12-12 15:35:48  CRI
Share with:


Tahun ini ramai kawan dari Malaysia, termasuk TPM menyatakan kepada Satria tentang penantian terhadap pengeksportan buah nangka Malaysia ke China. Oleh itu, ketika melihat ada buah nangka dijual di pasar raya FRESHIPPO, saya terus memeriksa sama ada buah nangka itu diimport dari Malaysia atau tidak. Tidak disangka buah berkenaan dari Vietnam.

 

Satria juga terkejut apabila mendapati begitu banyak durian dari Vietnam di Sam's Club milik Walmart. Satria masih ingat temu ramah dengan Datuk Seri Najib pada lebih 10 tahun yang lalu. Beliau amat gembira atas sambutan pasaran China terhadap durian Malaysia.

 

Tidak dapat dinafikan, Vietnam telah mendahului Malaysia dalam perdagangan dua hala dengan China, termasuk produk pertanian sejak beberapa tahun ini.

 

Vietnam telah menggantikan Malaysia menjadi rakan dagang terbesar dari ASEAN bagi China sejak 2018.

 

Berbanding Malaysia, lokasi Vietnam yang lebih hampir dengan China, menjadikan negara itu lebih unggul dalam perdagangan dengan China. Tetapi peningkatan pesat perdagangan dua hala mendapat lebih banyak faedah daripada kerjasama rantaian bekalan kedua-dua negara.

 

China mulai menghadapi sekatan Amerika Syarikat pada tahun 2018. Sejak itu, sebahagian syarikat barat memindahkan kilang dari China ke Vietnam berikutan pengaruh dasar AS. Bagaimanapun, banyak komponen dan fasiliti masih perlu diimport dari China. Pada masa yang sama, terdapat banyak syarikat China melabur dan membuka kilang di Vietnam. Ini disebabkan kos pekerja di Vietnam cukup dan lebih murah berbanding dengan di China. Tambahan lagi, Vietnam merupakan anggota CPTPP, memeterai FTA dengan Kesatuan Eropah dan Britian. Ini memudahkan produk jenama China yang dikeluarkan di Vietnam memasuki pasaran Barat.

 

Kerjasama menang-menang ini membantu meningkatkan pengeksportan produk Vietnam, dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara itu kekal pada tahap yang cukup tinggi di dunia pada beberapa tahun ini. Pada masa yang sama, kerjasama rantaian bekalan antara China dengan Vietnam membantu China menaik taraf struktur industri, menjadi percubaan berjaya menghadapi sekatan barat dan juga sekali lagi mencerminkan rantaian bekalan dunia boleh diubah suai, namun sukar diputuskan dengan hegemoni sesebuah negara.

 

Kerjasama menang-menang antara China dengan Vietnam berasaskan rasa saling mempercayai politik.

 

Dari segi sejarah, pemimpin generasi pertama kedua-dua negara seperti mendiang Pengerusi Mao Zedong dan Ho Chi Minh telah menjalinkan persahabatan “komrad dan saudara mara”. Hingga sekarang, pucuk pimpinan kedua-dua negara kerap kali saling melawat umpama ahli keluarga.

 

Pembaharuan dan keterbukaan Vietnam banyak mencontohi pengalaman berjaya China. Vietnam juga jelas menyokong Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global, dan Inisiatif Peradaban Global yang dikemukakan oleh China, serta menyokong China menganggotai CPTPP.

 

Yang amat menarik, Chi Pu, selebriti dari Vietnam sangat digemari oleh para penonton di China setelah menyertai satu program realiti TV pada tahun ini. Satria pernah memperkatakan keadaan ini dalam hantaran dulu.

 

Hubungan bilateral China-Vietnam dijangka akan meningkat pada hujung tahun ini.

 

Bagaimanapun, Satria berpendapat kerjasama antara China dengan Malaysia masih mempunyai potensi besar dengan penerokaan pelbagai bidang baharu seperti EV dan tenaga hijau seperti hidrogen.

 

Seni kata lagu yang berbunyi, “kita adalah Asia, akar pokok pula saling menyambung” amat popular di China. Sejarah dan pembangunan moden telah mewujudkan Komuniti Berkongsi Nasib di rantau ini. Kemakmuran bersama Asia adalah sasaran kita semua.