Filipina Digesa Hentikan Tindakan Provokatif di Laut

2023-12-12 13:26:45  CRI
Share with:

Terumbu Ren'ai ialah sebahagian kepulauan Nansha China. China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap kepulauan Nansha dan perairan di sekitarnya. 

Beberapa kejadian yang berlaku di Terumbu Ren'ai dalam masa terdekat adalah tanggungjawab pihak Filipina. 

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar pada Isnin. 

Menurut laporan, Filipina menghantar kapal menceroboh masuk ke perairan Terumbu Ren'ai, cuba menghantar bahan binaan kepada kapal perang yang 'terkandas' di terumbu itu, namun dihalang oleh Pengawal Pantai China (CCG) pada 10 Disember. 

Mao Ning berkata, China menuntut Filipina usah menghantar bahan binaan kepada kapal perang yang terkandas terbabit, di samping menganjurkan inisiatif untuk mengawal situasi di perairan tersebut.

Walau bagaimanapun, Mao berkata, Filipina langsung mengabaikan keikhlasan, kesungguhan dan kesabaran China, melanggar komitmen sendiri, melakukan tindakan terancang dan provokatif, menggembar-gemburkan berita palsu, melanggar undang-undang antarabangsa dan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) serta menceroboh kedaulatan dan keutuhan wilayah China.

Filipina digesa menghentikan tindakan provokatif dan muslihat mengotorkan imej China, usah menjejaskan kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.