Mesyuarat Kerja Ekonomi Pusat Gariskan Kerja Ekonomi 2024

2023-12-12 20:09:16  CRI
Share with:

Mesyuarat Kerja Ekonomi Pusat China diadakan di Beijing pada Isnin hingga Selasa lalu. 

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Xi Jinping menghadiri mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucapan penting.

Beliau membuat rumusan tentang kerja ekonomi sepanjang tahun ini di samping mengaturkan kerja ekonomi bagi tahun depan.

Mesyuarat itu menyebut, ekonomi China mencapai pemulihan dan kemajuan memberangsangkan dalam pembangunan bermutu tinggi pada tahun ini.

Bagi kerja ekonomi pada tahun depan, usaha akan diperkasakan untuk membina sistem perindustrian moden yang dipacu inovasi sains dan teknologi, berusaha meningkatkan permintaan domestik, dan mempergiat pembaharuan dalam sektor-sektor penting.

Sementara itu, usaha akan dilakukan untuk meningkatkan keterbukaan bertaraf tinggi, mencegah dan menghapuskan risiko dalam bidang-bidang penting, memperkasakan kerja mengenai pertanian, kawasan luar bandar dan petani.

Pada masa sama, tumpuan juga akan diberikan dalam usaha mendorong pembangunan terselaras antara bandar dengan luar bandar serta antara pelbagai wilayah, mendorong pembangunan tamadun ekologi, pembangunan mesra alam dan rendah karbon, serta menjamin dan menambah baik kesejahteraan rakyat.