Lima Identiti China Dalam Usaha Hadapi Cabaran Iklim

2023-12-12 15:21:38  CRI
Share with:

China berbuat amat baik dalam usaha menghadapi perubahan iklim dan mengikuti jalan yang betul, kata Presiden Organisasi Meteorologi Dunia (WMO), Abdulla Al Mandous sempena menghadiri Persidangan Pihak-Pihak ke-28 bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) di Dubai mutakhir ini. 

Beliau berpendapat bahawa China secara aktif melibatkan diri dalam tadbir urus iklim global dengan lima identiti selama ini dan mendapat pengiktirafan pelbagai pihak, sekali gus menyumbang tenaga positif kepada COP28.

China ialah salah satu anggota penting daripada negara membangun di dunia.

Data statistik Bank Dunia (WB) mendapati, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita rakyat China berjumlah USD12,720, hanya satu perenam berbanding Amerika Syarikat (AS), dan menduduki tempat ke-67 di dunia. Sementara itu, pendapatan negara kasar (GNI) per kapita China mencatat USD12,850 dan menduduki tempat ke-62 di dunia. China ialah negara membangun yang paling besar dan inilah fakta yang tidak boleh dinafikan.

Di samping itu, China ialah entiti ekonomi baharu dan tanggungjawab sejarahnya tidak berubah.

Ditinjau dari jumlah pelepasan karbon dioksida dalam sejarah, jumlah kumulatif di Amerika Utara dan Eropah masing-masing menduduki 23 peratus dan 16 peratus di dunia pada tahun 1850 hingga tahun 2019. Pada masa ini, purata jumlah pelepasan China amat rendah dan hanya menduduki satu perlapan berbanding AS dan satu perempat berbanding Kesatuan Eropah (EU). 

Sementara itu, jumlah pelepasan China menurun secara berterusan dan berkurang lebih 51 peratus berbanding 2005. Tanggungjawab sejarah China tidak berubah dan negara ini sedang berusaha keras untuk menghadapi cabaran perubahan iklim.

Dalam pada itu, China ialah penyumbang bagi transformasi tenaga di dunia.

China berusaha mendorong penerokaan dan penggunaan besar-besaran sumber tenaga bukan fosil dan mengoptimumkan struktur tenaga. Kadar penggunaan arang batu dalam struktur tenaga tidak boleh diperbaharui menurun daripada 66 peratus pada 2015 kepada 56 peratus pada 2022. Sementara itu, China memperkasakan inovasi teknologi secara berterusan dan menurunkan kos tenaga boleh baharu. China membekalkan 50 peratus kelengkapan tenaga elektrik kuasa angin dan 80 peratus kelengkapan fotovoltaik kepada dunia.

China ialah pengamal yang mendorong pembangunan terselaras sosioekonomi dan alam sekitar.

Dari tahun 2013 hingga sekarang, China mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.2 peratus setahun dengan peningkatan penggunaan sumber tenaga sebanyak 3 peratus. China berjaya mendorong transformasi sosioekonomi ke arah mesra alam dan rendah karbon secara komprehensif, di samping menjamin keselamatan sumber tenaga, bahan makanan, iklim dan alam sekitar.

Pada masa sama, China ialah pendorong proses multilateral tadbir urus iklim global.

China menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan dalam menghadapi perubahan iklim, dan menyediakan bantuan kepada lebih 160 negara. Setakat ini, China telah mengadakan 57 kali kursus latihan Kerjasama Selatan-Selatan bagi menghadapi perubahan iklim, menyediakan latihan kepada lebih 4,000 individu dari lebih 100 negara untuk membantu negara-negara membangun menghadapi pelbagai cabaran termasuk perubahan iklim dan menyumbang tenaga untuk melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030.