Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Vietnam yang Bermakna Strategik: Xi

2023-12-12 13:43:07  CRI
Share with:

Parti Komunis China (PKC) dan Parti Komunis Vietnam (PKV) dikehendaki memimpin negara masing-masing menempuh jalan ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan dengan bersama mempertahankan kedamaian, meneroka pembangunan dan kerjasama dan mewujudkan kemakmuran.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC yang juga Presiden China Xi Jinping dalam artikelnya yang disiarkan pada Akhbar Nhan Dan Vietnam, pada saat menjelang lawatan rasminya yang merupakan kali ketiga ke Vietnam.

Xi berkata, PKC dan kerajaan China dalam pelaksanaan diplomasi kejiranannya sentiasa meletakkan keutamaan pada perkembangan hubungan dengan Vietnam yang dilihat sebagai “komrad dan saudara” yang sejati.

Beliau berharap supaya kedua-dua negara terus berganding tangan dalam memacu pembangunan negara sosialis dan membina komuniti berkongsi nasib yang mempunyai makna strategik.

Xi mengesyorkan supaya kedua-dua pihak mengekalkan komunikasi strategik peringkat tinggi, terus memanfatkan kelebihan milik masing-masing yang dapat saling melengkapi, memperkasa pertukaran persahabatan, di samping berhemah menangani perselisihan berkaitan isu laut dan mencari kaedah penyelesaian yang boleh diterima kedua-dua pihak.

Beliau menzahirkan komitmen China untuk bertindak konsisten dalam menyemarakkan semangat kejiranan dan mendorong hubungan dengan negara jiran berkembang ke arah yang muhibah, harmoni, aman dan makmur.

China berhasrat dapat membawa limpahan manfaat kepada pelbagai negara jiran melalui modenisasi ala China, dan mendorong modenisasi di rantau Asia, sekali gus menyediakan peluang pembangunan baharu kepada negara-negara Asia termasuk Vietnam.