Peng Liyuan Melawat Muzium Wanita Vietnam

2023-12-12 22:40:31  CRI
Share with:

Isteri Presiden China Xi Jinping, Prof Peng Liyuan melawat Muzium Wanita Vietnam, diiringi isteri Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong, Ngo Thi Man di Hanoi pada petang Isnin.

Prof. Peng meluangkan masa berbual-bual dengan perwakilan kaum wanita tempatan, berkongsi pengalamannya sebagai utusan khas UNESCO bagi kemajuan usaha pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita.

Beliau menyatakan bahawa China mempertahankan kesaksamaan jantina, dan memberi perhatian tinggi terhadap perlindungan hak wanita.

Beliau berkata, Vietnam mempunyai banyak pengalaman yang berharga dalam mempromosikan kemajuan usaha wanita, meningkatkan status wanita, dan melindungi hak wanita. Oleh itu, kedua-dua negara boleh meningkatkan pertukaran pengalaman bagi membantu lebih banyak wanita mengubah nasib dan mencapai nilai hidup mereka.