Delegasi Khas UNSC Lawat Pintu Rafah

2023-12-12 13:33:25  CRI
Share with:

Delegasi khas anggota Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan lawatan ke pintu masuk Rafah di sempadan Mesir dan Gaza pada Isnin, untuk mengetahui syarat-syarat bagi meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza. 

Sebanyak 15 negara anggota UNSC kini sedang meneliti satu draf yang dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE). Draf itu menuntut kedua-dua pihak Palestin dan Israel membenarkan "penggunaan semua laluan darat, laut dan udara yang menyambungkan dan melintasi Gaza" untuk penghantaran barang bantuan, dan merancang pembinaan mekanisme pemantauan bantuan yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Pintu Rafah merupakan laluan utama bagi penghantaran barang bantuan kemanusiaan dan bahan bakar ke Gaza.