Presiden Baharu Artingena Temui Utusan Khas Presiden Xi

2023-12-12 14:35:14  CRI
Share with:

Presiden baharu Argentina Javier Milei menerima kunjungan utusan khas Presiden China Xi Jinping, Wu Weihua di Istana Presiden pada Isnin.

Wu Weihua mengirimkan ucapan tahniah dan mogaan baik dari Presiden Xi kepada Milei. 

Beliau berkata hubungan antara China dan Argentina mengekalkan momentum perkembangan baik sejak terjalinnya ikatan diplomatik lebih 50 tahun dahulu, dan hasil kerjasamanya turut memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. 

Wu menyatakan bahawa China memberi perhatian tinggi terhadap hubungan dengan Argentina, dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan baharu Argentina untuk mengamalkan prinsip saling hormat, sama rata, dan sama menang, demi mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara mencapai hasil baharu.

Wu Weihua, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, menghadiri majlis angkat sumpah Javier Milei di Buenos Aires pada 10 Disember, atas undangan kerajaan Argentina.