Xi Bertemu dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Vo Van Thuong di Hanoi pagi tadi.
"Saya dan Setiausaha Agung Nyuyen Phu Trong bersama-sama mengumumkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang bermakna strategik, membuka lembaran baharu bagi hubungan kedua-dua parti dan negara.
"Ini keputusan bermakna sejarah dan bersesuaian dengan kepentingan bersama China-Vietnam, serta selaras dengan perkembangan hubungan dua hala," kata Xi.
Beliau menyatakan bahawa China bersedia berusaha bersama Vietnam untuk mengintensifkan komunikasi strategik, mendorong pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib agar membuahkan hasil yang turut memberikan limpahan manfaat kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.