Ekonomi China Hancur Lagi?

2023-12-13 14:26:34  CRI
Share with:

Baru-baru ini, ketika berbual-bual dengan kawan-kawan dari Malaysia, ada yang menyatakan ekonomi China kini mengalami kemerosotan. Saya bukan pakar ekonomi, tetapi kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang saya saksikan, iaitu China menjadi pengeksport kereta terbesar di dunia pada tahun ini.

 

Neil Bush, iaitu anak dan adik mantan Presiden Amerika Syarikat, George H. W. Bush dan George W. Bush juga bukan pakar ekonomi. Beliau telah membaca analisis tentang “keruntuhan ekonomi China” sejak 20 tahun yang lalu. Beliau menyatakan kepada media bahawa pertumbuhan ekonomi China kini mencatat 5%, tapi ramai yang berpendapat ekonomi China gagal, bahkan akan segera hancur. Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat mencatat 2%, tetapi analisis yang dibuat umpama AS telah kembali makmur.

 

You know what I mean,” kata beliau.

 

Seperti kebanyakan negara di dunia, ekonomi China masih dalam proses pemulihan selepas pandemik. Cabaran terbesar adalah kelemahan permintaan pasaran antarabangsa, kapasiti yang melampaui pengeluaran sebahagian sektor, jangkaan pasaran kurang positif, situasi rumit antarabangsa, unsur tidak menentu meningkat dan lain-lain.

 

Dalam perkembangan China sejak 5000 tahun lalu, kami selalu menghadapi pelbagai kesukaran, tetapi kami mengatasinya satu demi satu. Untuk mengatasi kesukaran, yang paling penting adalah menjana keyakinan. Propaganda Barat mengenai “keruntuhan ekonomi China” jelas bersasarkan untuk menghancurkan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap China dan juga keyakinan rakyat China sendiri. Perkembanganan ekonomi China sejak sekian lama telah berulang kali membuktikan propaganda barat tidak berkesan.

 

Ketika permintaan pasaran antarabangsa merosot serta sekatan eksport-import dikenakan oleh barat, penggunaan domestik telah menyumbang 83.2% kepada pertumbuhan ekonomi di negara ini. Kadar ini bukan sahaja menjadi penjana baharu, tetapi juga membantu menurunkan kadar pengangguran dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. China juga terus menggalakkan keterbukaan berkualiti kepada lebih banyak negara membangun. ASEAN menggantikan AS dan Kesatuan Eropah menjadi rakan dagang terbesar bagi China.

 

Sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan oleh kerajaan China pada awal tahun ini adalah 5%. Pertumbuhan ekonomi pada tiga suku tahun pertama telah mencatat 5.2%, dan kami yakin dapat memenuhi sasaran.

 

Apabila Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China kepada 5.2% pada hujung bulan lalu, IMF meningkatkan unjuran tersebut kepada 5.4%. J.P Morgan, Goldman Sachs, Citibank, UBS, Deutsche Bank dan pelbagai pertubuhan kewangan antarabangsa turut meningkatkan unjuran masing-masing terhadap pertumbuhan ekonomi China kepada 5% hingga 5.5%.

 

Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico baru-baru ini pula menyatakan bahawa China patut dihormati atas pencapaian ekonomi dan peranan sebagai elemen penstabil bagi keselamatan dunia.