Xi Bertemu Pengerusi Dewan Undangan Negara Vietnam Vuong Dinh Hue

2023-12-13 13:46:15  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Pengerusi Dewan Undangan Negara Vietnam, Vuong Dinh Hue di Hanoi pagi tadi.

Xi menyatakan bahawa beliau amat gembila melihat perubahan besar di Hanio yang mempamerkan kedinamikan sosioekonomi Vietnam sejak lawatan kali terakhir beliau ke negara itu enam tahun dahulu. 

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam. Saya dan Setiausaha Agung Nyuyen Phu Trong bersama-sama mengumumkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang bermakna strategik, menggalakkan kenaiktarafan hubungan dua hala dan mengeluarkan isyarat positif kepada masyarakat antarabangsa iaitu kedua-dua negara sosiolis ini bersatu padu dan berganding tangan untuk membangun bersama.

"Bagi fasa seterusnya, China dan Vietnam akan mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk legislatif bagi menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam," kata Xi.