Xi Bertemu PM Vietnam Pham Minh Chinh
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh di Hanoi pagi tadi.
Xi menyatakan bahawa beliau amat gembira melihat Vietnam mencapai kemajuan besar dalam usaha pembangunan dan pembaharuan.
"Hubungan China-Vietnam berkembang baik. Saya dan Setiausaha Agung Nyuyen Phu Trong bersama-sama menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan pelbagai sektor semalam.
"Kami bersama-sama mengumumkan pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib China-Vietnam, dan ia membuka lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara pada era baharu.
"Saya percaya ia akan membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara, selain memberi sumbangan positif bagi keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau dan dunia," kata Xi.