Peraduan Limau di Rong’an

2023-12-13 10:55:41  CRI
Share with:

Peraduan “Saya Raja Limau Rong’an” telah diadakan semasa berlangsungnya Pesta Budaya dan Pelancongan Limau di kaunti Rong’an bandar Liuzhou di wilayah Guangxi baru-baru ini. Seramai 90 orang pekebun atau petugas koperasi pertanian dari 12 buah kampung dan pekan di seluruh kaunti itu beraksi dalam peraduan yang terdiri daripada tiga kategori.

Anggota juri menjalankan penilaian berkenaan berdasarkan kandungan gula dan saiz yang berlainan.

Tanaman limau seluas lebih 14,000 hektar di kaunti Rong’an yang digelar sebagai “Lubuk Limau Kumkuat”, dijangka boleh membawa hasilan sebanyak 250,000 tan tahun ini.