Kebocoran Diesel Akibat Kemalangan Trafik di AS

2023-12-14 15:14:24  CRI
Share with:

Beberapa kenderaan berlanggar di bandar Modesto, California Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Polis tempatan berkata peronda lebuh raya menerima laporan kemalangan tersebut pada kira-kira pukul 5.00 pagi, dan pasukan bomba segera dikejarkan ke tempat kejadian. 

Menurut maklumat, kemalangan yang melibatkan 15 kereta dan tiga lori besar itu menyebabkan beberapa orang cedera dan kira-kira 378 hingga 568 liter minyak diesel terbocor. 

Punca kemalangan masih belum dipastikan.