Dewan Perwakilan AS Lulus Keputusan Jalan Siasatan Pendakwaan ke atas Biden
Anggota Parti Republikan dari Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengadakan undian pada Rabu, memutuskan untuk menjalankan siasatan pendakwaan ke atas Presiden Joe Biden secara rasmi.
Sehari sebelum itu, Suruhanjaya Peraturan Dewan Perwakilan telah meluluskan resolusi memberikan kuasa kepada siasatan itu.
Siasatan pendakwaan tersebut akan memastikan sama ada Presiden Joe Biden memperoleh keuntungan tidak sah daripada urus niaga antara anak lelakinya, Hunter Biden serta ahli keluarga lain dengan negara luar, dengan menggunakan dasar-dasar berkaitan.
Pendakwaan itu juga akan diserahkan kepada Dewan Senat dan siasatan berkenaan akan berlangsung sehingga tahun 2024.