Industri Pengangkutan China Kekalkan Trend Pemulihan Mantap

2023-12-14 14:30:14  CRI
Share with:

Akademi Sains Pengangkutan China (CATS) mengeluarkan Indeks Perkhidmatan Pengangkutan China (CTSI) hari ini yang mendapati industri pengangkutan mengekalkan trend pemulihan mantap pada November lalu.

CTSI pada November merekodkan 178.8, naik 32.6 peratus dari tahun ke tahun. Ditinjau dari struktur, indeks pengangkutan kargo meningkat 12.9 peratus, manakala indeks pengangkutan penumpang meningkat 143.2 peratus.

CTSI dikira berdasarkan jumlah pengangkutan penumpang dan kargo melalui kereta api, jalan raya, laluan air dan kapal terbang, memperlihatkan prestasi industri pengangkutan secara menyeluruh.