Maraton Tambah Kedinamikan Pembangunan Bandar

2023-12-14 17:32:18  CRI
Share with:

Pertandingan acara maraton memperlihatkan pemulihan yang kuat di China sejak tahun 2022.

Menurut statistik Persatuan Olahraga China (CAA), bilangan peminat 'larian jalanan' di seluruh negara telah melepasi 30 juta orang buat masa ini.

Terdapat 303 acara 'larian jalanan' diadakan di pelbagai tempat dalam tempoh separuh pertama tahun ini, dengan seramai 2.24 juta peserta.

Sebagai tambahan kepada perlumbaan profesional, pelbagai acara dengan tema istimewa turut disediakan kepada para peminat maraton seperti larian pasangan, larian seisi keluarga, larian kesihatan dan lain-lain.

Tanpa mengira umur, tahap kecergasan dan keprofesionalan, semua peminat larian pun boleh menyertai acara tersebut.

Acara berkenaan bukan sekadar menarik penyertaan lebih ramai pelari, malah memacu pertumbuhan ekonomi bandar.

Ia secara tidak langsung juga membantu membentuk format baharu ekonomi sukan iaitu 'maraton + pelancongan'.