Saya Berterima Kasih kepada Beliau: Peniaga Jordan

2023-12-14 14:49:23  CRI
Share with:

Seorang pemuda Arab mengintegrasikan impian sendiri dengan 'Impian China' demi kebahagiaan rakyat dan teguh memperjuangkannya. Pengalaman Mohanad Shalabi itu diceritakan oleh Presiden Xi Jinping ketika berucap dalam Forum Kerjasama China dengan Negara-negara Arab pada Jun tahun 2014.

Mohanad, peniaga Jordan yang mengusahakan sebuah restoran di Yiwu, provinsi Zhejiang China.

Tahun ini genap sepuluh tahun sejak Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dikemukakan.

Setakat hujung bulan November 2023, China telah memeterai dokumen kerjasama berorientasikan BRI dengan kesemua 22 buah negara Arab dan juga Liga Arab. Hasil kerjasama berkenaan dilaporkan boleh membawa manfaat kepada hampir 2 bilion rakyat kedua-dua pihak.

Mohanad amat berterima kasih kepada Presiden Xi dan memberi 'like' kepada banyak klip video berkaitan beliau di sosial media.

Menurut Mohanad, sebagai sebuah negara yang terbuka, China memberi banyak peluang kepada warga asing, dan membolehkan impiannya menjadi kenyataan.