China Rangka Landskap Ekonomi 2024

2023-12-14 15:23:09  CRI
Share with:

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat yang diadakan pada hujung tahun merupakan jendela penting bagi membolehkan tokoh dalam dan luar negara mengikuti trend perkembangan ekonomi China.

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahun ini dianjurkan pada Isnin hingga Selasa, dan dihadiri Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping.

Menurut persidangan itu, pembangunan China menghadapi syarat kondusif yang lebih banyak daripada unsur negatif. Ekonomi negara ini mengekalkan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dalam jangka panjang.

Persidangan itu menggariskan perancangan menyeluruh dan pendekatan konkrit mengenai kerja ekonomi utama 2024, dengan menjadikan pembangunan berkualiti ekonomi sebagai misi utama.

Sementara itu, usaha akan diperkasa dalam sembilan aspek antaranya termasuk membina sistem perindustrian moden yang dipacu inovasi teknologi, berusaha meningkatkan permintaan domestik dan mempergiat pembaharuan dalam sektor-sektor penting.

Pembinaan sistem perindustrian moden yang berasaskan ekonomi sebenar antara tumpuan pemikiran ekonomi Xi Jinping. Dalam pada itu, penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap teknologi teras amat penting bagi mewujudkan kemandirian.

Di samping itu, beliau kerap kali menzahirkan komitmen China untuk mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dan menjalankan kerjasama antarabangsa.

Menurut beliau, kerjasama antarabangsa, keterbukaan dan perkongsian lebih diperlukan berbanding masa dahulu bagi manusia untuk merungkai kesulitan dalam pembangunan bersama. Tiada sebarang negara mampu menjadi pusat inovasi eksklusif atau menikmati hasil inovasi secara bersendirian.

Usaha 1.4 bilion rakyat memperjuangkan modenisasi dan kehidupan yang lebih indah turut mencetuskan peluang besar buat dunia.